Page 98 - 循人中学行政手册Tsun Jin High School Administative Manual
P. 98

3.  Calon yang lewat melebihi 30 minit tidak dibenarkan masuk ke bilik / dewan peperiksaan untuk
                       menduduki  peperiksaan  melainkan  mendapat  kebenaran  khas  daripada  penyelia  akademik
                       sekolah.
                    4.  Calon  tidak  dibenarkan  keluar  dari  bilik  /  dewan  peperiksaan  sebelum  tamat  masa  yang
                       diperuntukkan  bagi  kertas  soalan  itu.  Dalam  kes  kecemasan,  pelajar  tersebut  boleh  berbuat
                       demikian tetapi tidak dibenarkan menjawab kertas soalannya lagi.
                    5.  Pelekat meja perlu dijaga dengan baik dan diganti  apabila didapati hilang untuk mengelakkan
                       ditahan dari peperiksaan.
                    6.  Yuran harus dijelaskan sebelum menduduki peperiksaan.
                    7.  Calon harus membawa alat tulis yang secukupnya. Calon tidak dibenarkan membuat peminjaman
                       alat tulis di dalam bilik / dewan peperiksaan.
                    8.  Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau dekat bilik / dewan
                       peperiksaan semasa peperiksaan sedang dijalankan.
                    9.  Apabila masa peperiksaan tamat, calon harus berhenti menulis dan menyusun kertas jawapan
                       mengikut susunan yang betul dan hantar jawapan tanpa melengahkan masa.
                    10. Beg dan buku hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan.
                    11. Calon tidak dibenarkan membawa sebarang kertas keluar dari kawasan peperiksaan.
                    12. Calon dilarang mendedahkan jawapan sehingga boleh dibaca oleh pelajar lain.
                    13. Dilarang meniru atau memberikan peluang meniru kepada pelajar lain.
                    14. Dilarang memberikan atau mendapat pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang
                          tidak jujur.
                    15. Jaket calon perlu dipakai atau disangkut pada belakang kerusi.
                    16. Jangan menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak diri anda di dalam peperiksaan.
                    17. Dilarang berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik / dewan peperiksaan semasa
                        peperiksaan dijalankan.
                    18. Calon tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa kebenaran daripada guru pengawas.
                    19. Calon dibenarkan menggunakan Buku Sifir (Matematik) Empat Angka dengan syarat tiada
                          sebarang catatan di dalamnya.
                    20. Penggunaan kalkulator (yang tidak boleh diaturcarakan) dibenarkan dalam semua subjek
                       kecuali subjek UEC peringkat Junior dan subjek yang disenaraikan oleh Bahagian Akademik .
                    21. Calon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke dewan peperiksaan.
                    22. Sekiranya calon perlu pergi ke tandas, dia perlu ditemani guru peronda yang bertugas.
                    23. Pelajar yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal
                       mengikut peraturan disiplin sekolah.

               B39 Arahan Am Kepada Guru Pengawas
                    (A) Sebelum Peperiksaan
                        1.  Perlu memberitahu bahagian akademik dengan awal jika guru pengawas tidak dapat hadir
                             dalam pengawasan    peperiksaan.
                        2.  Guru  pengawas  bertanggungjawab  mencatat  kehadiran  calon  di  dalam  bilik  /  dewan
                          peperiksaan pada senarai nama yang disediakan.
                        3.  Semak butiran kertas soalan yang diterima daripada bahagian akademik. Dilarang membawa
                          kertas soalan ke tempat lain kecuali bilik / dewan peperiksaan.
                        4.  Guru pengawas perlu berada di dalam bilik / dewan peperiksaan 10 minit sebelum bermula
                          peperiksaan.
                    (B) Sebelum Penyerahan Kertas Soalan Kepada Calon
                        1.  Mengarahkan  calon  meletakkan  beg,  buku  dan  kertas  di  tempat  yang  ditetapkan  dan
                          memastikan tiada sebarang kertas di dalam laci.
                        2.  Memastikan setiap meja mempunyai pelekat meja yang betul dan menasihat pelajar yang tidak
                          ada pelekat meja supaya mendapatkannya daripada bahagian akademik.
                        3.  Memastikan calon beratur dengan baik di luar bilik / dewan peperiksaan.
                        4.  Menulis matapelajaran peperiksaan dan masa dengan jelas dan besar pada papan putih.
                    (C) Penyerahan Kertas Soalan

                                                           教-34
               23-5xzB.doc
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103